Since 1997, Venus Advance Technology has since expanded towards excellent achievements in providing our expertise in designing, fabricating (Exhibit Fabrication) and installing visitor attractions interactive science exhibits for a wide variety of exhibitors. We provide practical solutions to hands-on exhibits, displays and showcases, interiors and themed demonstrations, multimedia, audio visuals and interactive spaces.

Thursday 15 August 2013

PROJEK BORNEO DISCOVERY CENTRE

KOTA KINABALU 14 Nov. – Satu jawatankuasa akan ditubuhkan untuk melaksanakan projek Borneo Discovery Centre yang bakal dibina di kawasan seluas 12 hektar berdekatan pusat membeli belah, 1Borneo dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Penasihat Sains dan Teknologi kepada Ketua Menteri, Datuk Syed Abas Syed Ali berkata, projek bernilai RM350 juta itu akan dibiayai sepenuhnya oleh syarikat swasta.

“Kerajaan tidak mengeluarkan kewangan bagi pembinaan projek ini, tetapi sekadar menyediakan tapak. Malah projek ini akan dibiayai sepenuhnya oleh syarikat swasta menerusi satu perjanjian yang akan dikembalikan semula kepada kerajaan negeri dalam tempoh antara 40 hingga 60 tahun akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan sesi perbincangan dengan wakil pemaju dan wakil perbankan bagi tujuan penubuhan jawatankuasa berkenaan di Wisma Innoprise, di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Venus Advance Technology Centre (VATC), Jay Rahman dan Pengarah Venus Advance Technology Sdn. Bhd., (VAT), Md. Kassim Harun.

Syed Abas berkata, projek berkonsepkan mesra alam itu akan dilengkapi dengan bangunan komersial, ruang galeri, pameran aktiviti sains dan pelbagai kemudahan lain.

“Kita berharap projek ini akan menjadi realiti memandangkan pusat ini adalah yang pertama di Borneo dan yang kedua dibina selepas di Semenanjung,” katanya.

Menurutnya, projek mega itu masih di tahap perbincangan dan akan dikemukakan kepada Kabinet Negeri untuk persetujuan.

Namun begitu, beliau yakin pihak kerajaan negeri tidak menghalang pelaksanaan projek tersebut, memandangkan ia sangat diperlukan di Sabah.

Sementara itu, Md. Kassim berkata, mesyuarat yang diadakan itu lebih kepada perbincangan bagi penubuhan jawatankuasa Borneo Discovery Centre.

Menurutnya, terdapat tiga cadangan iaitu projek berkenaan dibiayai 100 peratus daripada sektor swasta, kedua menerusi usaha sama sebanyak 50-50, manakala yang terakhir adalah VAT hanya memberi tumpuan kepada Borneo Discovery Centre sahaja.

“Cadangan ketiga tersebut hanya tertumpu kepada Borneo Discovery Centre sahaja dan ia lebih kepada pendidikan sains yang diperlukan di negeri ini. Jadi kita tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan, sebaliknya mendapat dana daripada sektor korporat dan pihak perbankan sahaja,” katanya.